Friday, December 11, 2015

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH..... 

SEBARKANN...

Wednesday, December 2, 2015

One Day at Little Ihtifal & Showcase stories from the sea.....

Proses pembelajaran by Adef Iqbal...
Now dia dah boleh recognize crab, octopus & prawn.....Hari ni bawak dia pi pasar malam beli ikan...riuh rendah suara dia duk bercerita mana satu prawn, crab...







Sunday, November 22, 2015

Terima Kasih Daun Keladi...Sila lah berkunjung lagi


Friday, November 13, 2015

PROTUNe 2015 with Lini Mohammad

Alhamdulillah setelah hampir 10bulan melalui saat suka duka, pahit manis bersama2 dgn dak2 Simfoni Rezeki...5 Nov 2015 tarikh berakhirnya penceritaan kami dalan Dunia PROTUNe 2015






PROTUNe 2014 with Lini Mohammad

Ni tahun pertama Lini dalam dunia PROTUNe....Alhamdulillah kemenangan milik kami.. Syukur sangat, walaupun masa tu tak tahu apa2 nak dibuat.....main taram jer, dak2 Creative Shine sangat2 berkebolehan walaupun otak mereka ni sedikit masuk air...opssss jangan marah naaaa.



Monday, October 5, 2015

Perempuan & Kecantikam




7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!!!

“Kulit aku gelap, nampak tua dan berbelang! Stressnya!”
Ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh wanita bertudung. Kadang-kala wajah mereka nampak lebih tua dari usia.
Kulit gelap mampu diatasi, tetapi bagaimana pula dengan penuaan dan garis halus? Ramai wanita yang tidak sedar bahawa seawal usia 25 tahun akan terjadinya penuaan.

Ada beberapa perkara penting tentang penjagaan kulit yang selalu diabaikan oleh wanita bertudung. Sebelum masalah kulit jadi lebih teruk, ketahui perkara tersebut dan cuba elakkan!

1. Kurang minum air
Air sangat penting kalau nak kulit yang cantik. Cuba bandingkan kulit anda dengan mereka yang minum banyak air kosong. Amalkan 8 gelas sehari untuk dapatkan kulit cantik macam Uqasha Senrose!

2. Cara pemakanan tidak sihat
Percaya tak, kulit anda menunjukkan cara pemakanan anda. Nak kulit yang cantik, amalkan  pemakanan yang sihat seperti makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Tidur tanpa bersihkan wajah
Wanita bertudung mudah berpeluh. Kadang-kadang kita rasa letih sangat, sampai terus tidur tanpa bersihkan wajah. JANGAN biarkan wajah dengan mekap, bakteria akan membiak dan akhirnya timbul jerawat.

4. Kerap pakai tudung yang sama
Masalah wanita bertudung, kalau dah suka satu tudung, tudung tu je la diaorang akan pakai. Tapi, kalau dah pakai berulang–ulang dan tak basuh, mesti peluh banyak melekat dan beri masalah pada kulit.

5. Terdedah lama di bawah cahaya matahari
Bagi wanita bertudung, terdedah di bawah cahaya matahari tidak menjadi masalah. Tetapi, bagaimana dengan wajah anda? Jika terlalu lama terdedah, kulit akan jadi gelap dan berbelang. Buruknya!

6. Tidak memakai perlindungan SPF
Ini perkara yang wanita sering abaikan. Bagi wanita bertudung, wajah merupakan subjek utama. Kalau kulit tidak cantik, habisla! SPF juga sangat penting untuk elakkan penuaan dan kedutan.

7. Pengambilan gula berlebihan
Gula memang tidak baik untuk kesihatan dan juga kulit. Ambil terlalu banyak gula akan menyebabkan glikasi, dimana ia mampu mempengaruhi sel-sel kulit dan terjadinya penuaan.

Thursday, September 24, 2015

Rose @ AlamSuria 16/27















Copyright to linimohammad
Designed by UMIESUEstudio 2015