Monday, December 28, 2015

Formula Menjemput Rezeki

Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat.  Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2.  TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3.  AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4.  ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5.  SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki.  Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6.   SILATURRAHIM.  Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7.  BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa.  Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8.  SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.  BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.  Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10.  TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1.  Minumlah air masak 3 liter sehari.

2.  Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. 

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH.. 

Wallaahua'lam..

#sharingiscaring

Friday, December 18, 2015

Mustajab Doa

Mustajab doa : Hari Rabu antara waktu Zohor dan Ashar
Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, iaitu dikabulkannya doa diantara solat Zohor dan Asar dihari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu:
أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه
قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة
“Nabi Shalallahu ‘alaihi Wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu diantara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah baginda. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa, dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”
Dalam riwayat lain:
فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر
“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara solat Zohor dan Asar” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya siqah”, juga disahihkan Al Albani di Sahih At Targhib, 1185)

Friday, December 11, 2015

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH..... 

SEBARKANN...

Wednesday, December 2, 2015

One Day at Little Ihtifal & Showcase stories from the sea.....

Proses pembelajaran by Adef Iqbal...
Now dia dah boleh recognize crab, octopus & prawn.....Hari ni bawak dia pi pasar malam beli ikan...riuh rendah suara dia duk bercerita mana satu prawn, crab...







Sunday, November 22, 2015

Terima Kasih Daun Keladi...Sila lah berkunjung lagi


Friday, November 13, 2015

PROTUNe 2015 with Lini Mohammad

Alhamdulillah setelah hampir 10bulan melalui saat suka duka, pahit manis bersama2 dgn dak2 Simfoni Rezeki...5 Nov 2015 tarikh berakhirnya penceritaan kami dalan Dunia PROTUNe 2015






PROTUNe 2014 with Lini Mohammad

Ni tahun pertama Lini dalam dunia PROTUNe....Alhamdulillah kemenangan milik kami.. Syukur sangat, walaupun masa tu tak tahu apa2 nak dibuat.....main taram jer, dak2 Creative Shine sangat2 berkebolehan walaupun otak mereka ni sedikit masuk air...opssss jangan marah naaaa.



Copyright to linimohammad
Designed by UMIESUEstudio 2015