Jika berbicara soal kebersihan pada bahagian celahan tingkap seperti ini, pasti ada yang buntu memikirkan bagaimana cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ia sentiasa bersih dan tiada kesan kotoran hitam. Bahagian celah tingkap ini paling sukar untuk dibersihkan kerana kadangkala tahi cicak mudah bertepek dan sering diabaikan oleh si pemilik kediaman. Ada juga yang hanya membersihkannya sekali setahun ketika musim perayaan sahaja. Kali ini, WEB IMPIANA ingin berkonsgsi tip mudah membersihkan tanpa perlu memberus.Jom ikuti langkah mudah seperti berikut.


c1.jpg (680×1024)


Bahan-bahan yang diperlukan:

Cuka putih
Baking soda
Cotton buds
Air panas
Kain lap
Plastik sampah

Langkah-langkahnya ialah:

1) Taburkan serbuk baking soda di bahagian celah tingkap
2) Tuangkan juga separuh cawan cuka ke ruang yang sama
3) Kita akan mendapati apabila dua bahan ini bercampur, ia akan menghasilkan buih-buih dan melonggarkan zarah-zarah kotoran di atas permukaan tersebut.





4) Setelah anda mendapati buih-buih itu mula berkurangan, ambil cotton buds dan sental pada bahagian kotoran tersebut. Anda mungkin memerlukan jumlah cotton buds yang banyak untuk melakukan proses ini. Cotton buds digunakan kerana saiznya yang kecil dan memudahkan anda untuk menyental celah-celah tingkap yang sukar dicapai dengan menggunakan berus dan kain.





5) Setelah anda habis menyental kotoran degil itu, tuangkan air panas di celah tingkap.



6) Ambil kain tisu atau kain lap dan keringkan bahagian tersebut.



7) Jika bahagian celah tingkap anda masih kotor, ulangi langkah tersebut sehingga berpuas hati. Dah siap!!!



Kredit: firsthomelovelive