Friday, June 12, 2015

5 Langkah Menenangkan Keadaan Ketika Marah Anak


Kita ini manusia ada rajuk, marah dan terasa.
Namun sebagai ibubapa banyak yang perlu kita pelajari tanpa berhenti.

Dalam setiap perkara yang anak-anak lakukan dirumah, kadang cepat sahaja kita mahu menggurui.
Kita marah dengan alasan kita sedang menunjuk ajar baik atau buruk.
Cuma marah kita itu juga dalam suara yang tinggi kerana alasan kita sedang ‘mengajar’.

Saya kongsikan 5 langkah yang boleh ibubapa lakukan ketika ‘sesuatu’ berlaku dirumah.

1. Samakan kedudukan.
Katakan berlaku suatu keadaan dimana kita sangat marah. Sangat-sangat marah.
Contohnya anak menconteng dinding.
Sebelum berkata apa-apa dengannya, ingat langkah pertama ini iaitu samakan kedudukan anda dan anak.
Contohnya jika dia berada di lantai, naikkannya di atas kerusi.
Jika anda sedang berdiri, duduk biar sama tahap kedudukan dengan anak.
Ianya kini sebuah perbincangan, bukan kemarahan.

2. Pandang matanya.
Bayangkan situasi ini. Anda sedang memasak didapur dan anak sedang memanjat gril di bahagian pintu hadapan.
Risaukan beliau jatuh, anda memanggil dari dapur “Adik, turun. Nanti jatuh.”
Dan beliau masih tidak mahu turun.
Apakah perasaan anda? Pasti geram bukan.
Sudahlah kita kelam kabut mahu menyiapkan urusan didapur, kini anak tidak mahu mendengar kata pula.
Sedih juga ada.

Selepas ini jika ada sesuatu yang mahu ibu atau ayah tegur, berhentikan apa sahaja kerja kita.
Pergi kepadanya dan ingat langkah 1 iaitu samakan kedudukan dahulu.
Pandang matanya dan beritahu.
Apa yang mahu diberitahu? Kita pergi ke langkah seterusnya.

3. Empati.
Aduh banyaknya langkah sebelum marah haha kata sang ayah.
Mula-mula memang terasa namun bila sudah biasa cepat sahaja skip dari langkah satu ke langkah seterusnya.
Pandang matanya dan bersetuju dahulu “Adik conteng dinding sebab adik rasa seronok?” atau “Adik panjat gril sebab rasa exciting dan mengujakan ya?”
Jawapannya “Ha a” bersahaja aduh makin geramlah sang ibu hihi.
Ini prosesnya — bersetuju dahulu.
Semua orang suka difahami, selesa didengari.

4. Beritahu perasaan.
Ini baru kesempatan kita untuk beritahu perasaan kita dan jangan lupa maklumkan akibatnya.
“Tapi bila Adik conteng dinding, ia membuatkan ayah sangat sedih kerana rumah kita comot” atau
“Bila Adik panjat gril, mama takut Adik jatuh dan kita kelam kabut perlu rawatan di hospital.”

Langkah 4 ini tentang kita. Bukan dia.
Contohnya anak-anak yang bising ketika anda mahu tidur.
Selain berkata “Abang dan Adik selalu bising sampai ayah sakit kepala”
Katakan “Ayah sakit kepala dan perlukan rehat”

It is not about you.
It is about me.
Mereka tidak rasa dituduh. Ia membuatkan mereka berkeyakinan.
Dan elakkan memberitahu anda tidak suka. Maklumkan perasaannya seperti — sedih, runsing, risau.

5. Berikan alternatif.
Berikan cadangan lain seperti “Apakata Adik lukis di buku ini?”
Atau “Adik main lego blocks di bawa sini ya” dan juga “Abang dan Adik keluar bermain diruang tamu”

Cuba dahulu dan ibubapa akan mula merasakan kebaikan dalam aplikasi langkah-langkah ini.
Gambar ialah semasa Program Parenting 212 yang khusus untuk ibu bapa yang mempunyai anak berusia 2 sehingga 12 tahun.

CC: Puan Suraya Ali

CSC_0102

Saturday, March 7, 2015

Na na na Terengganu Kita







Seronok jelajah Pasar Payang tanpa membawa handbag2 sekalian👫👭...Dapat jamu mata dan poket skali😝😜😝😜





Tuesday, February 17, 2015

Asam Pedas

Bahan-bahan:
10 ketul ikan 
Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
10 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
3 cawan perahan asam jawa
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
5 batang serai (dititik)
Sedikit belacan

Cara-cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
  • Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
  • Tambahkan tomato dan bendi.
  • Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih, siap untuk dihidangkan.

Wednesday, September 17, 2014

Remember Allah SWT always


Ini Malaysia Kita

Gara2 menengok iklan "Ini Malaysia Kita"...
Hajat nak ke tempat makan cendol dan rojak di seksyen 16 Shah Alam berjaya ditunaikan hari ini...emmm memang sedap

   

Tuesday, September 16, 2014

Amalkan membawa keberkatan


Basahkan lah bibir kita semua dengan Istighfar

Tambah Ilmu yg tak penuh-penuh

Dolu2...orang tua selalu menggunakan perumpamaan "Menuntut ilmu biar sampai ke Negara China"...berlainan dengan saya...saya pergi menuntut ilmu kat Selangor pun tak habis lagi ni....
Copyright to linimohammad
Designed by UMIESUEstudio 2015