Thursday, June 1, 2017

Ramadhan ke-6

Alhamdulillah siap judah utk hari ini. Hasil carian dr men"google". 


RESEPI KETAM TELUR MASIN SEDAP DAN MUDAH!!

Wajib cuba ni, fav kami sekeluarga! Klu makan kt restoran ni mmg mahal! Buat sendiri murah, sedap dan boleh tambah! Share cpt!

BAHAN - BAHANNYA :-)
10 - 11 ketam saiz kecil (kalau besar mungkin 4 ekor dah cukup dan kerat 2 setiap 1 ekor)
Sedikit kunyit serbuk
1/4 camca teh garam
3 biji kuning telur masin yang telah direbus, lecek hancur
1/2 biji putih telur masin yang telah direbus, lecek hancur
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi hijau, hiris
4 biji cili padi merah, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 cawan susu sejat
1/4 camca teh serbuk lada hitam
3 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh. Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi merah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu.
Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!


RESEPI SUP IKAN MERAH YANG SANGAT SEDAP!!!

Bahan-Bahan
1 kg ikan merah 
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis 
1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris

Cara-Cara
Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.
Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.
Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
Masukkan air, biarkan mendidih.....masukkan ikan dan kacau rata..
Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

Siap!

No comments:

Post a Comment

Copyright to linimohammad
Designed by UMIESUEstudio 2015