Friday, December 27, 2019

Kuih Kaswi

KASWI PANDAN GEDIK
.
Panaskan air kukusan
.
Campur semua:
πŸ“Œ 2 cwn tepung ubi
πŸ“Œ 3 cwn tepung gandum
πŸ“Œ 6 cwn air (kisar sekali 10 helai pandan & tapis)
πŸ“Œ 1  1/2 cwn gula pasir (klu suka manis boh la 2 cwn gula)
πŸ“Œ 1 sk air kapur
πŸ“Œ Pewarna
πŸ“Œ Secubit garam
.
Blend sebati & tapis. Masukkan dalam loyang yang dah disapu minyak. Kak eL suka guna bekas kecik-kecik. Jangan lupa sapu minyak juga ya, kang melekat kuih tu.
.
Kalau loyang kukus dalam 30 - 45 minit. Bekas kecik 15 - 20 minit je...

Gaulkan kuih dengan kelapa + garam yang dah dikukus seminit. Tujuan, elak kelapa cepat basi.
.

.




Thursday, December 26, 2019

Muffin Pisang

Guna Air Fryer je korang...senangnya..x teringin ke nak miliki AF ni..

🍌*Resepi Muffin Pisang*🍌

🍌1 mangkuk pisang lenyek
🍌1/2 cwn gula
🍌1cwn mnyak mazolla
🍌3biji telur
🍌3/4cwn gandum
🍌1/4  cwntepung jagung
🍌1sudu Teh baking soda
🍌1sudu Teh  baking pawder

Masukkan dlm cup kecik
Masukkan dlm Air Fryer
Set Suhu 160
Masa 10 minit.

Siap... selamat mencubaπŸ₯°

Kredit to ZumiZul Kekabu Creatif





Saturday, August 24, 2019

Kelapa Parut Tahan Lama

Cara simpan klapa parut agar tahan lama, mak-mak nak buah kuih mudah..

CARA PERTAMA :

1. Gumpalkan kelapa parut membentuk bola-bola berukuran sederhana.

2. Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air

3. Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 hingga 4 bulan

CARA KEDUA :

1. Masak air hingga mendidih

2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata

3. Kukus kelapa parut  selama 15 minit

4. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.

5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.


Friday, August 23, 2019

Laksam

LAKSAM 
🍜 1 paket/500gm tepung beras 
🍜 1/2 cwn tepung gandum
🍜 3  1/2 cwn air panas
🍜 3 cwn air masak biasa
🍜 4 sd bsr minyak masak
🍜 1 sd teh garam halus

πŸ‘‰ Kacau semua bhn2 hgga sebati. Tapiskan
πŸ‘‰ Panaskan periuk pengukus. Sapu penutup periuk dgn sikit minyak & letak di dlm pengukus. Tuang 2-3 senduk adunan laksam secara nipis & rata. Jgn terlalu nipis & tebal sgt. Tutup pengukus & masak selama 3-5 mnt @ hgga ia menggelembung
πŸ‘‰ Angkat & biar 1-2 mnt. Cungkil sedikit tepi laksam dgn hujung sudu & gulungkan.

KUAH LAKSAM 
🍜 6-8 ekor ikan selayang/sardin saiz sedang
🍜 6 biji bawang merah*
🍜 1 inci halia*
🍜 1 sd bsr lada htm*
(bhn2 bertanda di tumbuk/blend)
🍜 4 cwn santan sederhana pekat
🍜 2 cwn air @ secukupnya
🍜 2 keping asam gelugur/asam keping
🍜 garam secukup rasa

πŸ‘‰ Ikan selayang direbus dgn asam gelugur & sikit garam. Asingkan isi dgn tulang. Blend/tumbuk isi ikan dgn air rebusan td (sy blend separuh..tumbuk separuh) Blend plk tulang ikan dgn sikit air & tapiskan
πŸ‘‰ Masak santan bersama asam gelugur. Masukkan bhn2 blend (bwg, halia & lada htm) ikan serta tulang yg diblend/tumbuk td. Sentiasa kacau supaya kuah cantik & x bergentel. Perasakan dgn garam. Kacau hgga kuah pekat

Bahan2 Ulam & Bahan2 Sampingan
🍜 lada kisar
🍜 belacan (dilenyek dgn sikit air) 
🍜 timun
🍜 kcg panjang
🍜 kobis
🍜 daun kesum
🍜 limau nipis/kasturi




Saturday, June 15, 2019

Ikan Selar Asam Rebus - 15 Jun 2019

IKAN ASAM REBUS

Bahan-Bahan :

Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar

Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci


Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi)sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.




Untuk ikan tu tak semestinya ikan selar kuning, nak tukar ikan lain pun boleh. Ikut kesukaan semua. Selamat mencuba

Wednesday, June 5, 2019

Seindah Syawal



Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berada di bulan Syawal yg indah setelah sebulan bersama Ramadhan yang menduga jiwa dan menguja hati. 


Mudahan kehadiran Syawal yang fitrah membawa keceriaan dan kebahagiaaan dengan semangat baru untuk terus menjadi lebih baik dari semalam. Kini, tibalah masanya untuk kita membersihkan hati dan saling memaafkan sesama kita.

Saturday, January 27, 2018

TRIZ- Nota Penyelesaian Masalah Secara Inventif

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan bahan ini, silalah penuhi maklumat dibawah. Kos upah penyediaan bahan ini ialah RM10.00 setiap satu. (Email kepada : lynie805@yahoo.com) 1. NAMA : 2. ALAMAT EMAIL YANG AKTIF DAN BETUL : 3. NYATAKAN PILIHAN RPT : 4. BUKTI BAYARAN UPAH PENYEDIAAN Nota TRIZ 2018 (RM10/satu): (GAMBAR/MASA/DLL) CIMB : 7048664968
Copyright to linimohammad
Designed by UMIESUEstudio 2015