Sunday, June 11, 2017

Ramadhan ke-16

Barakalloh anakku. Semoga keberkatan menyertai perjalanan usiamu. Jadikan mimpi dan harapanmu sebagai pemacu untuk semakin giat belajar. Doa mama&abah menyertai setiap langkahmu!
Selamat ulang tahun, Adef Iqbal...

Meraikan hari istimewa Adef Iqbal @bukitjelutong


Monday, June 5, 2017

Ramadhan ke-10

KResepi Sotong Bakar

Assalamualaikum semua...
Hari ni tergerak hati utk mencuba resepi Sotong bakar ni...Tak lah susah untuk sediakan sotong bakar nih.. Cuma bahan untuk menyedapkannya yang kita kurang ketahui.. Meh layan resepi kali nih..



Bahan-bahan:


2 tangkai serai (ditumbuk lumat)

Sedikit halia (tumbuk)

Seulas bawang putih

3-4 ulas bawang merah

Cili kering (kisar) / cili boh

Serbuk kari 1-2 sudu besar

Sedikit serbuk kunyit

Serbuk lada hitam..

Garam secukup rasa 

Air asam jawa atau air perahan asam limau 



Cara Membuat:


  • Tumbuk semua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada sotong. 
  • Perap selama 30 minit. 
  • Kemudian anda boleh panggang.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/sotong-bakar-1.213700


Sunday, June 4, 2017

Ramadhan ke-9


Alhamdulillah berakhirlah Ramadhan ke-9, hari ni saya bawak anak2 burung yang suka mengeja perkataan L.A.P.A.R ke Seri Iskandar dan singgah menjamu selera di Lumut







Saturday, June 3, 2017

Ramadhan ke-8


Sotong Goreng Kunyit

Bahan bahan:
Sotong
Garam
Serbuk kunyit
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah dilumur dengan garam dan 
kunyit. Balik balikkan. Bila telah masak, masukkan bawang dan cili. Kacau rata.

Thursday, June 1, 2017

Ramadhan ke-6

Alhamdulillah siap judah utk hari ini. Hasil carian dr men"google". 


RESEPI KETAM TELUR MASIN SEDAP DAN MUDAH!!

Wajib cuba ni, fav kami sekeluarga! Klu makan kt restoran ni mmg mahal! Buat sendiri murah, sedap dan boleh tambah! Share cpt!

BAHAN - BAHANNYA :-)
10 - 11 ketam saiz kecil (kalau besar mungkin 4 ekor dah cukup dan kerat 2 setiap 1 ekor)
Sedikit kunyit serbuk
1/4 camca teh garam
3 biji kuning telur masin yang telah direbus, lecek hancur
1/2 biji putih telur masin yang telah direbus, lecek hancur
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi hijau, hiris
4 biji cili padi merah, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 cawan susu sejat
1/4 camca teh serbuk lada hitam
3 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh. Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi merah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu.
Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!


RESEPI SUP IKAN MERAH YANG SANGAT SEDAP!!!

Bahan-Bahan
1 kg ikan merah 
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis 
1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris

Cara-Cara
Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.
Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.
Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
Masukkan air, biarkan mendidih.....masukkan ikan dan kacau rata..
Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

Siap!

Wednesday, May 31, 2017

Ramadhan 5 2017


Alhamdulillah. Ramadhan yang ke 5 2017. Buat yang terbaik untuk suami dan anak2... 


Sunday, December 25, 2016

7 Zikir Mudah Menjemput Rezek





1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)



2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -


Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .


Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:


Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :


Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : 


Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : 


Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
  

Doa Menjemput Rezeki


Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....


Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu.


Biar sedikit tetapi istiqamah.


Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal.


Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.


Copyright to linimohammad
Designed by UMIESUEstudio 2015